Wednesday, June 16, 2010

Tragik,

Pagi tadi,berlaku satu kejadian yang tragik di rumah.
Kejadian ini terjadi di antara sang kucing yg diberi nama 'minmin' dan seekor burung yg baru dijumpai semalam.
Burung ini telah dijumpai oleh 'rescue team' yg dianggotai oleh aisya,hamzah,amin,imran,dan ariff.
Ketika burung ini dijumpai,sayapnya telah cedera disbbkan oleh cubaan bunuh dari kucing minmin.
Lalu,sekumpulan 'rescue team' pun dtg dan mengubatinya dengan memberikan burung ini sebuah tempat tinggal dan makanan secara percuma ;p

Pada keesokan harinya,
Ketika ahli ahli 'rescue team' ini pergi solat di masjid,
Burung yg tidak sembuh dari cedera ini cuba melompat dari tempat tinggalnya dengan tujuan untuk menyelamatkan diri,
akan tetapi,sang kucing minmin yg memerhatikannya dari jauh terus menerkam burung itu lalu dibawa lari terus ke dapur.
seorang saksi yang namanya tidak boleh dinyatakan ini melihat akan kejadian berikut lalu menjerit dengan tiba tiba akibat terkejut dan takut akan kejadian itu..
saksi pertama itu terus lari ke ruang tamu rumahnya dan memanjat ke atas kerusi.
manakala saksi kedua yg melihat kejadian itu turut menjerit kerana terkejut walhal ketika itu dia sedang memegang sebatang penyapu dimana bila bila masa sahaja dia boleh memukul dan menghalang kucing itu dari terlepas.
saksi saksi berikut merasa kasihan akan burung yg digigit oleh kucing itu akan tetapi mereka tidak dapat berbuat apa apa kerana takut dan geli akan kejadian itu.
Hanya 'rescue team' shj yg dpt menyelamatkan keadaan ini.

Pulangnya mereka dari masjid,mereka terus berusaha sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan burung itu dengan mengejar sang kucing yg berlari-lari utk menyelamatkan diri.
Kejadian kejar mengejar ini berlaku hampir selama 10 minit.
Burung itu berjaya diselamatkan oleh 'rescue team'.
Akan tetapi,keadaan burung yg parah itu membuatkan dia hny dpat bernafas selama 5 minit lalu mati terus di tempat kejadian.
Ahli ahli 'rescue team' berasa sgt sedih dan hiba akn kejadian ini lalu menanam burung ini dihadapan rumah mereka. Innallilah..


Sekian,


watak :
rescue team ; aisya,hamzah,amin,imran and arif.
saksi pertama ; nana (:
saksi kedua ; mama

tempat kejadian :
di dalam rumah dan juga di dalam rumah.

No comments:

Post a Comment