Friday, January 21, 2011

Bak Kata Si Dia : "bukan senang nak senang,nak susah senang "

Kenapa susah sgt untuk diri kita survive kat dalam dunia ni?

Tuhan tak pernah menyusahkan hambanya, tetapi yang membuatkan hambanya susah adalah dari diri mereka sendiri.
Kenapa susah bagi seseorang manusia itu untuk menerima segala ketentuan yang telah diberikan oleh YANG MAHA ESA ?

Kenapa ?

Susahkah bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan yang mungkin pahit dan sukar untuk dihadapi ?
Kenapa perlu susahkan diri di atas segala yang terjadi ?
Kenapa perlu memikirkan hal yang remeh temeh seperti ini sehingga melukakan dan menyusahkan diri ?

Kenapa ?

Kenapa semua ini bisa terjadi ?
Adakah susah untuk menjalani sebuah kehidupan ?
Kebahagian yang abadi terletak kepada tahap 100% cinta kita terhadap Allah dan RasulNya .

*haha, mmg merepek apa yang diperkatakan ini, tetapi, ini adalah apa yang sedang dirasai oleh saya pada masa ini.

*tidak perlu mengerti akan apa yang dituliskan.

*biarlah ia menjadi seribu satu makna kepadaku kerana tiada siapa pun yang mengerti diriku ini.

* cuma satu sahaja yg hendak disampaikan, masing masing punya hak sendiri untuk menghadapi situasi seperti ini, dan saya rasa saya telah pun menemukan jalan yang terbaik tetapi mungkin saya masih belum bersedia lagi akan semua ini.


Senyum lah selalu selagi anda masih berkesempatan hidup di dunia yang sementara ini.
Dan sentiasalah menghadapi kehidupan dengan sentiasa berfikiran yang positif (:


Lagu berkumandang : My All by Mariah Carey

No comments:

Post a Comment