Wednesday, October 5, 2011

Semakin dewasa,semakin aku nampak kehidupan itu.



Assalamualaikum,

Ehem, masih segar lagi di ingatanku, bagaimana perasaan gembira ku saat aku mula-mula menjejakkan kakiku ke UIA. Aku juga masih igt, sebelum aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ku di sana,  betapa sedih dan pilunya hatiku ini apabila aku tidak berjaya menerima apa-apa tawaran untuk permohonan UPU.

Keep believing (:

Excitement yang aku rasakan ketika mula-mula masuk ke UIA ni membuak-buak lagi apabila aku bertemu rakan-rakan seperjuangan ku ketika di teknik dulu."UIA nih dah mcm tempat reunion dah" kata salah seorang dari kami. Senyum. Aku senyum bahagia. Kerana aku tidak merasa homesick langsung ketika itu.

Seminggu berorientasi di UIA PJ meninggalkan seribu satu kenangan bersama rakan-rakan teknik. Maka,berangkat pergilah kami yang mengambil kos ekonomi dan seangkatan dgnnya ke nilai. Satu pengalaman yang baru bagi ku. hmmm

Nilai. What can i say? Bebas. Kemana mana je nak pergi, boleh. Tak boring,tak merasa terkurung langsung.
Masa mula-mula ke sana dulu, aku tercari cari lah jugak, hala tuju bagaimanakah akan aku ikuti?
Kawan dorm. Kawan kelas. Semuanya baik-baik belaka. Al-maklumlah, UIA kan mmg ambil pelajar pelajar yang cemerlang. Tak termasuk aku lah, for sure. So, dari situ aku bersyukur sgt kerana tuhan telah memberikan aku sahabat-sahabat yang sempurna semuanya. Takut jugak kalau tersalah pilih kawan, musnah masa depan. kan? 

Apabila mula pengajian, terasa betapa sukanya aku bila dapat belajar semula. Pegang buku,pegang pensil, menulis,mengira dan membaca. Itu semua hanya pada mulanya sahaja. ciss. Bukan aku nak cakap aku dah malas nak belajar lansung ke apa. Rasa malas tu mmg ada. Tetapi, maksud aku kat sini, rasa excited belajar semua tu hanya pada mulanya sahaja. Lepas tu, buat pandang sebelah mata je. Inilah manusia. Pantang merasa kebebasan dan kesenangan sedikit, terus lupa semuanya. Alahai.

Kini, semester pertama di matrik UIA telah pun berakhir. Rindu pulak rasa nak pegang buku balik. Rindu nak belajar balik. Tetiba je. Bila dah mula belajar, mula malas balik. Sudah dibilang, manusia mmg begitu. Atau aku sahaja yang begitu? Barangkali aku sahaja yang begitu. hmmm

Walaubagaimana pun, ingin aku katakan disini, memang aku telah banyak berubah ketika berada nilai. Aku belajar erti kehidupan. Erti betapa pentingnya hubungan seorang sahabat, erti betapa pentingnya nilai sekeping wang ringgit dan erti sebuah pengalaman itu lebih bermakna dari segala-galanya. Tanpa pengalamn
yang ditimba, aku bukan aku.


P/s : Maaf kerana kali nih punya entry agak panjang sedikit. Entry akan datang, akan ku sajikan gambar gambar ketika berada di UIA Nilai (:


Dalam kenangan (':

No comments:

Post a Comment