Thursday, November 17, 2011

Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah.


Assalamualaikum.

Okay, first of all, please dont blame me, kenapa dah lama tak update blog. I do have my own reason kay. Hehe :3
Makanya, saya ingin bertanya. Apa khabar hamba-hamba Allah sekalian? sihat? cukup makan? cukup minum? Okay, GOOD.

Ilham nak ber-blog harini hadir tatkala aku sedang menikmati secawan milo ais homemade di kerusi empuk yang berada di ruang tamu rumah aku. *over

Okay okay, straight to the point. Aku pasti yang kalian kalian ni semua tak kira lah boys ke girls ke, pernah memasang angan-angan untuk menjadi kurus dan cantik (sila terasa bagi sesiapa yang rasa diri dia gemok dan hodoh ye). Well, cantik yang dimaksudkan di-atas adalah sepakej dengan ingin menjadi kurus lah kan. 

Emm, YA. Siapa yang tidak pernah memasang angan-angan seperti itu kan? (kau jgn nak geleng sgt lah kan). Aku juga merupakan salah seorang manusia yang tidak terkecuali daripada memasang angan-angan seperti itu.
Tetapi, semakin besar keinginan aku untuk menjadi kurus dan cantik semakin takut aku utk memiliki angan-angan tersebut.

Nak tahu kenapa? Ini kerana, bagi aku, manusia ni tidak pernah tahu untuk bersyukur dengan segala kurniaan yang telah diberikan oleh Allah. Allah telah menciptakan kita dengan sempurna. Memiliki dua pasang kaki, memliki satu tubuh badan yang elok, sepasang mata yang cantik, sepasang telinga untuk mendengar dan juga sebatang hidung yang comel untuk menghidu.

Melihat artis-artis sekarang yang memiliki susuk tubuh yang cantik lagi menggiurkan, pasti saja bikin anak anak gadis tidak tidur lena memikirkan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan susuk tubuh yang sebegitu.

Bukan itu shaja, melihat juga kepada peredaran fesyen zaman kini, pasti saja membuatkan, bukan sahaja anak gadis, tetapi juga anak teruna tidak tidur malam memikirkan gaya yang sesuai untuk diperagakan.

Bukan bererti apa yang diperkatakan di atas itu salah. Ia tidak salah. Sama sekali tidak, jikalau kita mengikut segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, menutup aurat :)

Sebagai contoh, jikalau anda mempunyai sepasang kaki yang besar/gemuk anda pasti menginginkan sepasang kaki yang kurus/cantik. Betul tak? Jikalau dulu, ketika anda pernah memiliki sepasang kaki yang besar itu, cara anda berpakaian pastinya menutup sehingga ke bawah buntut. Akan tetapi, apabila anda sudah memiliki sepasang kaki yang kurus pula. Anda pasti menginginkan cara pemakaian yang berbeza, yang lebih more to fesyen. Seperti, memakai skinny jeans yang menampakkan susuk kaki anda dan memakai pakaian yang agak kecil sehingga menampakkan buntut anda.Okay, faham tak dengan contoh saya ni?

Maka, apa yang ingin diperkatakan di sini adalah, tidak ada manusia yang sempurna sifatnya. Walau secantik mana pun manusia itu, dia pasti memiliki keburukannya juga. Cuma kita shaja yg tidak nmpk.
Aku harap, kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Kalau dah  gemuk tu, biarkan saja. Biar orang sukakan kita bukan pada paras rupa dan bentuk fizikal, tatpi pada hati budi kita. Jika kita sentiasa bersyukur, kita akan menjadi seorang hamba yang memliki sifat merendah diri di sisi Allah dan juga umat manusia. Merendah diri itukan salah satu sifat terpuji Rasullulah :)

Fikir-fikirkan lah :) 

Saya tidak sempurna, dan saya juga melakukan kesilapan.


P/S : Peringatan untuk diri sendiri supaya jangan terlalu obses dengan sesuatu kesempurnaan itu. Sekian.

No comments:

Post a Comment