Assalamualaikum.
Hello there. Apa khabar semua? Ada baik kah kakak, abang, adik, ibu, ayah?
*memang pulak seisi keluarga yang baca blog aku kan?*
Semenjak dua menjak ni, aku ada lah terfikir untuk deactive kan blog aku ni. Aku rasa aku dah penat nak berblog lagi dah. Bukan nya ada orang nak tgk pun. Lagi pun, aku bukannya selalu post pun kan? Daripada aku membiarkan blog aku ni seperti khazanah yang kononnya memiliki nilai harga yang tinggi ni, dibiarkan begitu sahaja, lebih baik aku REMOVE. hewhewhew.
Okay, mari lupakan sementara hasrat untuk meng-remove blog ni kejap. Untuk post-post aku yang kali terakhir ni, aku nak bercerita tentang trip aku ke Singapore haritu. Emm, maksud aku minggu lepas.
Aku ke Singapore ni selama 4 hari 3 malam. Satu family. Kira family holiday lah ni.
Kami telah menginap di hotel Tropical Inn Johor Bharu. Untuk mendapatkan lebih pengjimatan, Lebih baik lah menginap di JB. Act, kalau pandai cari yang budget hotel kt Singapore tu pun okay je. So, terpulanglah. Hihi >.<
Sekarang mari mulakan, pen-gambar-an sambil bercerita :3
Adik kecil sebagai intro <3
Ini adalah keadaan di dalam kereta ku apabila adik-adik kecil aku yang lain tak join.
Dont get me wrong, time ni, mereka tengah bercamping kat Bangsar. So, that day was the last day mereka bercamping. Otw nak ambil mereka lah ni. Sebelum kedatangan mereka, begini lah ghupenya. Kosong je kereta.
Okay now, baru betul betul keadaan sebenar. Beginilah rupanya everitime nak pergi mana-mana satu keluarga. Memang kerja kitorang dalam kereta tu bergaduh je -.-"
Biasalah gaduh manja (~,~)
Ktetiba.
Ehem, before sampai JB singgah rumah atok di Muar kejap nak makan-makan, buang air apa semua.
Perjalanan nak ke JB memang lah tersangat lama. Kebas segala anggota badan ni duduk dalam kereta lama-lama woi -.-"
(terharu dekat awak, *ehem* yang dari jb sanggup dtg ke KL jumpa kita ni)
Kitorang pergi time ni, hari ahad. So bila sampai JB dah malam. Semua dah kepenatan, dapatkan rehat yang secukupnya, dan subuh keesokan harinya, kami pun memulakan perjalanan untuk merantau ke Singapore :)
Time ni dekat border M'sia-S'pore. Saja je amik gambar nih. Hikhikhik.
Budak-budak kalau dah travel jauh, memang gini lah ghupenya. Meragam tak tentu pasal sana sini, merengek-rengek. Pastu, kacau orang tak semena-mena *membebel*
Nasib baik kau comel Arif, kalau tak, kakak dah flying kick kau jauh-jauh. K gurau. hehe
So, first trip kitorang ke S'pore adalah di Safari Zoo. Disebabkan Mak Lang kitorang ada kat JB time ni, so dia yang cadangkan kami pergi ke sini. Katanya three times better than Zoo Negara. Haha. And dia pun join kitorang sekali that time.
*promote*
See signboard dia? Very the unique kan? Hihi
Kalau korang nak tahu, benda yang berwarna pink besar tu, adalah patung gajah. Kat sana, merata-rata ada gajah tiruan ni. Macam-macam warna dan corak. Lawa sangat!
Okay now, kenapa ia dipanggil Safari Zoo? Sebab konsep S'pore zoo ni mcm safari. Korang tau tak mcm mana safari tu? Dalam zoo ni, dia ada lepaskan bebrapa haiwan untuk berkeliaran begitu sahaja. So orang ramai boleh tgk dengan dekat haiwan-haiwan ni. Sebagai contoh, mcm haiwan dalam gambar di atas. Tak ingat lah apa nama dia. Tapi dia spesies mcm monyet lah. Lompat sana, lompat sini. Mostly haiwan yang diorang lepaskan adalah spesies-spesies monyet yang pelik. Mmg teruja gila bila tgk tau! Sebab haiwan-haiwan tu semua mmg kita tak pernah jumpa. Pelik sangat.
And ada juga beberapa burung merak yang berkeliaran sambil mengembangkan sayapnya yang cantik tu :)
*eh sayap ke?*
Okay, ini pulak Alligator yang dah macam buaya. Scary je tgk.
Semua jakun. Haha
Meet my Superwomen. Mama :)
Tiba-tiba teringat pulak dekat cerita Rise Of The Planet Apes -.-'
Okay, jakun lagi sekali.
Takde kerja. Muka ayah aku redha je tu. Okay, nampak tak tulisan Ah Meng dekat signboard sebelah adik aku tu? Sejarah S'pore Zoo ni terbina bermula daripada penemuan oleh beliau yang bernama Ah Meng ni lah. Lepastu, tak igt dah story dia. Dush kat kau nana -.-
This is my Pak Lang yang bawa kitorang ke Safari Zoo ni. Dia pun pergi dengan family dia and adik Mak Lang aku punya family. So, memang ramai lah budak-budak time tu. Macam bawa rombongan tadika pun ada. Takpe, biar ramai, asalkan meriah =)
Dalam banyak-banyak monyet, spesies monyet ni yang paling aku rasakan cantik. Sebabnya, kau tgk ekor dia yang lebat gila bulu tu. Pergh rasa macam nak bawa balik jadi bantal peluk kat rumah je. Okay, stop merepek. Nak pegang kucing pun takut, ini kan pula nak bawak balik monyet bagai. Loser punya nana.
K fine. Jangan tanya aku kenapa dia tak tunjukkan muka. Dia mmg shy shy cat gitu. Eh, maksud aku shy shy monkey gitu :p
Antara haiwan yang seperti spesies Dinosaur zaman dolu dolu yang masih dapat di selematkan dan dibela. Betul tak tipu weh :O
Ini pula Cheetah. Jangan tertipu dengan efek cermin yang menampakkan seperti cheetah ini sedang berkeliaran dari luar kandangnya. Kau gila hapa kalau dia berkeliaran kat luar. Memang mampus orang orang yang datang ke zoo ni. Ni first time aku tgk Cheetah secara dekat. Memang ligat dia ni. Nampak kitorang ramai-ramai dtg terus tak senang duduk. All together, ada tiga ekor cheetah. Hmm, Malaysia ada gini? haa
Selain Cheetah, ada juga harimau bintang dan harimau spesies yang bukan belang punya. Apa tah namanya. Singa takde pula. Aku nak sangat jumpa Raja Haiwan tu. Dah la hensem. Eee, geram je takde singa kat situ.
Nasib baik ada juga cik zirafah yang cantik ni >.<
Warna badan zirafah ni berbeza dengan warna badan zirafah kat M'sia. Tak percaya, kau pergi zoo negara then bandingkan warna dia dgn gambar zirafah kat blog aku ni. heww
Kan aku dah kata, kitorang pergi time ni, da mcm bawak rombongan tadika. All boys kay. Except me and Aisya bersama tiga orang mak-mak di belakang tabir. Mama aku kata, aku dah mcam cikgu tadika dah time ni -..-
Selepas itu, kami teruskan lagi perjalanan dengan melihat pertunjukkan singa laut.
Kalau dekat M'sia susah beno nak dapat tempat duduk nak tgk show kan? Kat sini senang je. Sebab tempat dia besar. Lagipun aku pegi time ni masa orang tgh bekerja. Itu pasal lah. Hihihihi >.<
Singa laut ni gemok betul. Geram aku tgk. Dah lah main splash-splash air dengan kitorang. haipp, nakal. Sabo jelah =)
Apa yang menariknya lagi di S'pore zoo ni, dia ada mcm mcm jenis pertunjukkan dari pelbagai jenis haiwan. Dan dia juga ada sesi memberi makanan kepada haiwan haiwan di sini. Cool kan?
Kanggaro-kanggaro ni comel betul >.<
Tapi aku tak berani nak pegang. Wuuu, and the best thing is, nampak anak dia dalam pouch kanggaro tu. Terbaik ! Hehe
And Yeah !!! Sampai di sini sahaja journey kami ke Singapore. Ehh bukan, ke Singapore Zoo. Hehe
Penat wehh berjalan kat dalam zoo ni. Besar dia, mak aih, kemain lagi. fuuu. Setengah hari juga lah kitorang spend masa kat zoo ni. Sampai sakit sakit kaki dibuatnya. Apa pun, Zoo S'pore ni mmg terbaik lah. Lain habis dengan Zoo Negara kita huhu. And kat sebelah zoo ni ada night safari. Bagi sesiapa yang ingin mersakan pengalaman best gini, meh la melancong ke Singapore ye =)
To be continue......
bestkan makan angin..
ReplyDeleteDapat release tension kejap makan angin gini. Hihi :)
ReplyDeleteشركة تنظيف فلل بالخبر
ReplyDelete