Monday, December 19, 2011

Singapore trip - part 2


Assalamualaikum.

Hai Guys! Sorry sebab lama dah tak update tentang Singapore trip ni. So, today mari kita sambung mengenali tempat-tempat yang harus dilawati ketika melancong ke Singapore ! Hamboi, kemain lagi aku cakap -.-" 

Untuk post yang lepas, aku ada cerita tentang Safari Zoo kan? Now, pada hari yang sama itu juga, kami menyambung perjalanan kami di kota raya Singapura. So, tempat yang wajib dikunjungi di sana adalah Arab Street dan Bugis Street. Okay, before that let me tell ya guys first what is the difference between those two streets. 

Arab street ni, more to menjual barang-barang cenderamata and pakaian muslimin dan muslimah. Di samping itu, kat Arab Street ni jugak ada banyak kedai kamera DSLR, yang korang boleh beli any peralatan dia in a low price okay. My dad selalu beli lense kat situ :)

Bagi Bugis Street pula, dia more to macam style sg wang punya tempat. Barang murah-murah like clothes, accesories, apa apa lah, mmg murah. But kami tak pergi pun ke sana. Sbb ramai sangat orang, dan jalan dia kecik je, i mean, kalau kami yang pergi bawak ramai bebudak mcm ni, mmg tak enjoy lah kan? So, its a place for teenagers gitu, yang muda muda gitu ~

Okay, so lets have a look at the pictures and continue with the story mory okay?
*eiuww, gedik betul aku ni -.-"




Bangunan-bangunan di atas adalah, di antara bangunan yang menarik structurenya. Apa yang best tentang berjalan-jalan di kota raya Singapura ini adalah dengan melihat bangunan yang berada di sekelilingnya. Aku suka every structure yang ada pada setiap bangunan. Sangat lain daripada yang lain ! =)

Yang menariknya lagi, dekat sana ada "CAR LIFT".
Yes, car lift people. Ingat orang je ke yang boleh naik lif bagai. Kereta pun boleh juga tau.
Tujuan car lift ini dibuat adalah kerana, ia akan memudahkan pemandu mencari parking. Tak payah dok nak pusing pusing atas bawah cari parking dengan melalui jalan lingkar lingkar mcm yang ada kat Malaysia ni. Hik xD

Setelah dapat parking dekat one of the mall yang ada di situ, kami pun memulakan perjalanan kami dengan berjalan kaki ke Arab Street. And there, kami berhenti di sebuah restoran 
'Singapore Two Zam-Zam Restaurant'. Okay, restoran ni bes sangat sbb dia menyediakan makanan arab kat sini. Owner dia mamak tapinya. But foods dia, wa cakap sama lu, terbaik habis. Wajib singgah makan di sini. Kami pergi sampai dua kali :p 


Muka orang-orang yang sedang menunggu makanan sampai.

Bila makanan sampai, makan tak hingat dunia. Hewhewhew ~

Brb, Alhamdulillah.

Bila perut kenyang, mari buat muka comel sikitss :p

Alolololo <3

Ini adalah antara masjid yang ada di sana. Basically, Singapore ni mmg tak banyak masjid. Well, tahu tahu jelah kan. Majority orangnya terdiri daripada non muslim. And belakang masjid ni lah terletaknya Arab Street :) And and masjid ni sangat lawa structurenya, dan ia merupakan masjid pameran umum. Alaaa mcm masjid besi tulah funtion dia. Foreigner boleh masuk melihat di dalamnya :)




Okay, funtion kitorang bergambar kat sini adalah disebabkan bas kat belakang kami tuuu. Yup, nampak tak benda pelik di antara bas tu. Haaa, cool you know :p
*dont mind my pose please -.-" *

Lepas habis bershopping di Arab Street, kami pergi pula bershopping di one of the mall dia yang ada. Mall dia, biasa je. Sma macam kat M'sia.

" The only good suit is a swimsuit "
Kepala hotak hang -.-"











Time ni dah malam, muka semuaa kepenatan *.*

Melihat cara cara mau menaiki train. Eh, haha. Bukan lah, ni nak tgk, kalau kita nak naik train nanti, perhentian mana yang ada. Next post kita cerita pasal ni pula ye =)

Kau hingat M'sia je ke ada beca? S'pore pun ada tau. Haaa

Setelahpenat berjalan dari pagi sampai ke malam, akhirnya sebelum pulang ke JB, kami beristirehat dulu di masjid yang tadi aku ada tunjuk gambar dia tu kan? Lepas selesai solat semua, kami pun mengambil kesempatan dengar khutbah dia kejap. Bak kata my mom, pergi negara orang, kita dengar pula apa pengisian daripada orang itu. Its good to have a different perspective from others okay? 



So, that's all about this post. Sebelum mengundur diri, aku saja nak bagi vidoe yang bertajuk 
" Nana Inspired " ni. hewhewhew :P


Sila jangan ejek kegedikan aku, huhu. This is just a random video. K peace :p

To be continue .....

No comments:

Post a Comment