Wednesday, September 8, 2010

Apa yang kita inginkan tdk semudah apa yang kita impikan,akan tetapi apa yang kita impikan memberikan seribu satu kepuasan kepada diri.

Tajuk entry bagi post kali ni mmg kedengaran dan kelihatannya sangat lah panjang (buang tebiat ke apa si Amalina ni, haihh ) . Ini adalah kerana ianya mmg terjadi pada diri saya sendiri.

Semalam petang, aku dan nik pergi ke saloon cina untuk memotong rambut aku yang dah telebih lebih panjang bagi pandangan aku ni. So,when kitorang masuk ke kedai tuh, hair stylist hair stylist yang ada kat situ semuanya sedang sibuk melakukan kerja mereka dengan melayan karenah para pelanggan yang datang ke situ.

Memandangkan aku seorang yang bertudung, so aku berharap sgt yang hair stylist perempuan yang akan memotong rambut aku.
Tetapi,seperti yang dikatakan oleh aku, apa yang kita inginkan tidak semudah untuk kita perolehi kerana malang tak berbaunya,aku terpaksa juga pergi kepada hair stylist yang lelaki tu memandangkan waktu tuh dia tgh free dan aku pun tengah dalam keadaan yang tergesa gesa kerana pada masa yang sama sedang menuggu giliran di pejabat pos.

Setelah habis memilih gaya yang rambut yang hendak dipotong, dia pun terus datang ke tempat aku dan menanyakan perihal gaya yang macam mne menjadi pilihanku.
Jadi dengan rela hatinya aku membuka tudung ku dan mebiarkan dia melaksanakan tugas nya.
Setelah siap dipotong rambut aku kini menjadi pendek. Dia banyak memberikan tips penjagaan rambut kepada ku.

Sebenarnya aku tidak menyangka bahawa dia akan memotong rambut ku sependek itu, tapi setelah dilihat lama lama aku mulai suka akn gaya itu.
Apabila sampai di rumah, mama sgt terkejut melihat rambut baru aku tuh.
Dia kata macam lelaki,sama macam adik adik aku yang lain. Semua kata rambut aku penek macam lelaki.
Sumpa sedih time tuh, tapi aku kuatkan diri dengan berkata ,

"Amalina walaupun ini tidak seperti yang engkau mahukan, tetapi engkau berasa puas hati terhadap ia kerana ianya memberikan kelainan kepada diri kau "

Maka,apa yang ingin didsampaikan oleh saya adalah,setiap apa yang kita lakukan,percaya kepada diri kerana dengan itu kita akan berasa yakin terhadap diri dan hanya dengan keyakinan kita itu sahaja yang akan memberikan kegembiraan kepada kita (:
percaya lah pada diri anda sendiri kerana kalau bukan anda yang percaya pada diri siapa lagi yang hendak percaya kepada anda.
Renungkan (:

No comments:

Post a Comment