Monday, February 21, 2011

Ohh , banyaknya rambut gugur !!!! waaaa ,

Assalamualaikum semua !
#/hyekorunkkkk

keh keh keh (:

Sebelum kita meneruskan tajuk post kita hari ni dengan penuh kehangatan, -.-"
ingin daku memohon maaf terlebih dahulu
kepada rakan rakan taulan semua yg sentiasa menanti -nanti
perkembangan si poyo Amalina ni dalam mengepost rutin hariannya di dalam blog dia yg buruk ini.
(toii , haku bajet mcm ramai peminat and follower yg baca blog je kan . T_T )

Bajet mcm ade assignment banyak, kerja kat office 24 jam, sampai tak de masa nak post something kat blog tuk korang korang sume ni kan ?
*terok betul haku nii -_______-



Baiklah tanpa membebel dengan panjang lagi , mari kita terus sambung ke
topik yang tak seberapa nak menarik ini tapi ia sangat berguna kepada anda anda semua di luar sana (:



Mengapa saya ingin mengetengahkan
"punca rambut gugur"

pada topik perbualan kita pada hari ini ??
(saya tak kan tanya anda semua , *bukan korang bole jwb pun kan ? )

Baiklah ini adalah disebabkan oleh , saya sendiri yang sedang mengalami keguguran rambut yang agak " menakutkan " ini ,
teringin sekali merungkai sedikit sebanyak
akan punca , fakta dan cara mengatasi keguguran rambut ini.




Lihat gambar di bawah ini dahulu,

secara jujur saya punya keguguran rambut takde lah smpi mcm ni sekali okay.
ni melampau rasanya dah .

*ade sesiapa yang keguguran rambut sampai begini sekali kah ??
hmm -.-"

Sebelum itu ingin saya tekankan di sini ,
bukan sekadar perempuan sahaja yang mengalaminya okay !
Malah ramai juga sebilangan lelaki yang mengalami keguguran rambut ini .

Lihat sahaja lelaki sekarang berambut BOTAK .
huuu ,

*saya tak ejek tau .
hee


haaa , tgk tgk ,
kan dia dah tunjuk tuu .
BOTAK kan ? hmm , serius *




PUNCA RAMBUT GUGUR :

- Stress adalah penyebab utama keguguran rambut ini .
*alaa korang sendiri pun dah tau kan ?
Penyebab kepada berlakunya stress sehingga menggugurkan rambut adalah :
1 .Sakit yang serius 2 .Pembedahan Besar 3 .Selepas bersalin (tak caya tanya mak mak korang tuu ) 4 .Apabila memikirkan sesuatu yang menakutkan seperti menunggu keputusan SPM yg bakal keluar tidak lama lagi -.- (ohhh , itu yg sedang saya lalui sekarang nii )

- Masalah hormon kita .
* Ia mungkin terjadi kepada pesakit penyakit kelenjar tiroid (tabahkan hatimu kawan )

- Juga disebabkan penyakit Sistematik Lupus

- Kesan sampingan ubatan
(jgn terkejut kalau rambut gugur dgn byk setelah amik ubat-ubatan yang pelik-pelik )

- Jangkitan kulat yang biasanya terjadi kepada kanak kanak .
( hoo bole buat rambut gugur woo)

- Trichotillomania ialah masalh psikologi yg mendorong individu itu sendiri menarik rambut mereka (okaypelik)
Ia biasanya dialami remaja perempuan berbanding lelaki akibat drpd kemurungan .


CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR :


- Jika masalah rambut gugur disebabkan stess , jgn bimbang kerana ianya sementara dan akn tumbuh semula (scream; YEAY !!! )

- Penyisatan untuk penyakit seperti tiroid dan sistematik lupus perlu dilakukan untuk rawatan .

- Jangkitan kulat boleh dirawat melalui ubat anti kulat .

- Terapi bagi penyakit psikological Trichotillomania diperlukan .


PETUA TRADISIONAL LAGI MURAH :


Petua pertama

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya . Basuh bersih dan kisar sampai hancuss .
Perap ramuan kat ats kepala sampai sejam . Lakukan 2 kali seminggu . Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat , hitam dan berkilat . 0.0

Petua kedua

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam . Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur .

*ada berani ?? tak sanggup haku nak buat gini kat kepala aku . busuk nnt . errr +.+


Petua ketiga


Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan guna airnya bagi disapu ke kulit kepala sambil dipicit picit scr perlahan la okay . Amalkan sllu sehingga rambutbaru kelihatan tumbuh.
Di samping itu , elak ikat rambut guna getah . (whatt !!!! da tu nak ikat guna apa ? -.- )


FAKTA :


Lebih kurang 90% drpd rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi dalam fasa berehat . (hooo mcm tu yeh ?)


Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lbh kurang 100 helai rambut boleh gugur setiap hari (wow !)





Maka, sekarang anda tidak perlu risau atau murung seperti ini akibat rambut gugur lagi.
Semua puncanya telah anda ketahui !


Sekarang mari kita tersenyum dengan manis lagi menggembirakan seperti ini !!!
(: weee
*okay sgt budak budak kan ?-.-

3 comments:

  1. haha :D
    june mengalami keguguran rambut ~

    ReplyDelete
  2. haha i think mmg semua perempuan mengalaminya lahh .
    mmg normal kita gugur rambut kan ?
    fakta juga berkata bhw setiap hari lbh kurang 100 helai rambut kita akn gugur .
    jgn risau , saya pun gugur rambut juga . huu
    (:

    ReplyDelete