Tuesday, March 8, 2011

Kepercayaan dan Kesedihan .


Mungkin sekarang ini emosi saya masih tidak stabil lagi . Ianya mungkin disebabkan tempias semalam yg tidak pernah pernah punya penghabisan .

Maka , hari ini saya mahu berkongsi dengan kalian akan tentang " Sebuah Kepercayaan "
(okay takde kena mengena dgn intro atas tu eh ==" )

Pernah kah anda semua diberi kepercayaan tak kira dlm apa jua bentuk sekali pun ?
Mesti pernah kan ?
Tak kira lah jikalau ia merupakan kepercayaan yg diberikan kepada anda untuk menyimpan rahsia , kepercayaan yg diberikan utk anda bagi menyimpan sebuah barang yg berharga atau yang sebaliknya lah kan .

Ibu bapa anda juga mesti pernah memberi kepercayaan kepada anda kan ? Kepercayaan dalam memilih gaya hidup yang bagaimana , kepercayaan di dalam berkawan dengan sesiapa , dan kepercayaan di dalam semua perkara lahh (malas nak terang panjang panjang , huhu ) .

Saya pasti bahawa ibu bapa kita memberi kepercayaan kepada kita (anak) kerana mereka yakin bahawa kita dapat menggunakan kepercayaan yang diberikan selama ini dengan baik dan berguna kan ?

Akan tetapi , bagaimana kah rasanya apabila kepercayaan yang diberikan olah ibubapa kita itu hilang begitu sahaja hanya disebabkan silly mistake ataupun kesilapan yang kita sengaja lakukan
(maksud saya kesilapan yg kita thu bnda tu salah tapi still nak buat juga ) ?

Bagaimana kah cara anda mengembalikan kepercayaan itu ?
Jujur saya katakan , saya tidak akan menulis 'bagaimana utk mengembalikan kepercayaan ibubapa yg telah hilang kepada kita' kerana bagi saya sendiri , sejak dari dulu lagi saya tidak pernah tahu bagaimana kah caranya .

Sudah byk kali juga sebenarnya ibubapa saya hilang kepercayaan kepada saya . Tetapi saya sangat bersyukur kerana mereka tidak pernah membenci atau memaki hamun atau berbuat apa apa kepada saya . Kerana sebelum mereka buat such that thing mcm tu dkt saya , saya akan memohon maaf terlebih dahulu kepada mereka .

Kerana saya sedar , bahawa setiap apa pun perkara yang membuatkan ibubapa kita sedih atau marah , cepat cepatlah kita memohon ampun dan maaf kepada mereka sebelum terlambat .
Ia juga kerana setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita nii , adalah berkaitan dengan restu kedua ibu bapa kita . Jika ibubapa kita tak restu kita buat itu ini , maka jgnlah buat .
Kerana sesungguhnya pasti tuhan akan membalas segala kejahatan terhadap perkara yang kita lakukan itu tanpa restu ibubapa

Saya pasti kawan kawan saya jarang memohon maaf kepada ibubapa kita apabila sudah melakukan kesalahan kan? Dulu saya juga seperti itu .
Jikalau anda manusia yg bijak , cuba anda fikir sejenak , ada keburukankah yang anda dapat jikalau anda tidak memohon maaf kepada mereka ? tidak kan ? maka jgnlah kita berasa malu terhadap ibu bapa kita sendiri . Kerana saya pasti bahawa perkataan maaf , terima kasih , i love you , yg diucapkan oleh kita kepada ibubapa pasti akan membahagiakan mereka (:


Sesungguhnya IBU BAPA kita adalah keutamaan kita dalam hidup melebihi segala-galanya .

SAYA SAYANG MEREKA <3


Jujur saya katakan saya sangat kecawa buat masa ini . Kerana apa ? Ohh maaf saya tidak boleh bagitau .

Jikalau anda nmpk muka gembira saya dan merasakan saya sedang gembira . Teruskan , kerana tidak siapa tahu akan apa yang saya alami dan rasai sekarang ini

(:

Ungkapan menarik yang sering kali saya igt :

"Korbankan perkara yang kecil kecil untuk mendapatkan hasil yang lebih besar "

*thanks kak ngaishah (:

Sesungguhnya Allah itu MAHA BERKUASA terhadap umatnya .

:)







2 comments:

  1. betol betol .. susah untok kiter menjage kepercayaan yg telah org berikan terutama ibu bapa.. tapi ape2 pon yg kite buat tak seharusnye kite putus asa...

    ReplyDelete
  2. hmm , yup setuju (:
    (anggukangguk)

    ReplyDelete