Pagi ini , matahari mengeluarkan sinarannya yang begitu cantik sekali ,
luar biasa dari hari yang sebelumnya .
Aku merasakan , bahawa mungkin ada sesuatu yang membahagiakan bisa terjadi hari ini .
Ya ,
aku mmg suka berangan , bermimpi yang indah indah sahaja .
Kau tahu kenapa ?
Kerana aku berfikir , berapa lama lagikah aku akan menjejakkan kaki ku di bumi ini ?
di dunia yang sementara ini ?
Maka , aku akan berangan dan bermimpi tentang perkara yang indah ,
yang mungkin saja perkara diimpikan ku itu tidak akan tercapai .
Aku tahu , apa yang aku impikan selama ini tidak pernah tercapai dan terjadi kepada ku .
Kau rasa ia buang masa ?
Tidak , aku tidak rasa sebegitu malah aku merasakan sungguh bahagia sekali .
Namun kau harus tahu ,
aku tidak pernah mengenal erti rasa jemu itu apabila mempunyai
perasaan yang indah indah seperti yang ku rasakan ini .
Diam ,
aku diam dan duduk di tepian sambil menikmati keindahan perasaan ku ini .
Tiba-tiba , aku terfikir .
Sampai kapan aku bisa bermimpi dan meng-impikan perkara yang indah
seperti itu jikalau aku tidak berusaha untuk merealisasikan mimpi dan impian ku ini ?
Aku diam lagi ,
berfikir sejenak .
Di mana usaha ku untuk berjaya ?
Sampai kapan aku mahu menunggu dan berangan
dan hanya mengharapkan orang lain sahaja ?
Tanpa , usaha ku sendiri ???
Sampai kapan ?!!
Kau jangan ingat aku tidak pernah merasakan perihal "berputus asa" .
Apabila aku merasakan apa yang aku inginkan dan impikan itu tidak menjadi kenyataan ,
Aku merasakan ,
dunia tidak adil
duniaku gelap
di mana duniaku yang indah sebelum ini ?
Walau , aku merasakan segala-galanya tidak adil bagiku ,
namun aku harus segera bangkit .
Bangkit dari terus berputus asa .
Ikhtiar .
Ya, cari ikhtiar .
Untuk meraih sokongan dan galakan dari kata-kata mama ayah dan teman-teman .
Teruskan usaha ,
segera bangkit dan jangan pernah kenal erti putus asa itu .
Walau aku tidak dapat apa yang aku impikan dan mimpikan ,
namun
aku masih bisa berusaha dengan sendiri
Untuk meraih kejayaan ku
yang pasti membahagiakan ku di masa hadapan (':
Jangan kau risau , aku masih Nur Amalina yang dulu .
Tiada apa yang berubah .
Mana yang baik dari ku , sila jadikan teladan.
Mana yang buruk dari ku , kau campak lah jauh-jauh .
* bila berfikir yang positif semua jadi senang dan gembira (: *
To climb steep hills requires a slow pace at first .
william shakespeare
Enough story merry . Assalamualaikum
(:
(:
usaha tangga kejayaan :) btol tu . bila fikiran kita sentiasa positif pasti semuanya akan menjadi mudah sahaja .
ReplyDeleteyeah..think postive:)
ReplyDeletekita sokonh awak atiqa aziz :]
ReplyDeletei mean sokong* hehe
ReplyDelete(type pun dah tak betul dah nih -.-)
i mean sokong* hehe
ReplyDelete(type pun dah tak betul dah nih -.-)
ohh , thanks ferdaus :)
ReplyDeletemost welcome nana or banana..hehehe
ReplyDeleteheyy i am nana okay , not banana xD
ReplyDelete