Thursday, October 27, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak.

Assalamualaikum.

Well guys, aku ada jumpa satu artikel ni yang tulis tentang faktor-faktor yang dapat membuatkan otak kita rosak. So aku rasa, artikel ni sangat berguna bagi student mcm aku mcm kita-kita, utk amik tahu perkara-perkara mcm ni :)

So lets begin :

1. Tidak Mengambil Sarapan pagi.

Otak merupakan organ yg paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. So, jangan tinggalkan breakfast. Paling kurang pun minum lah susu ye :)


2. Terlebih Makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan boleh menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ia juga  mengakibatkan kita mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. So, katakan Tak Nak kepada Rokok. hee

4. Mengambil Gula Berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Yang Tercemar

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan    kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. Tidur Yang Berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan byk gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak membaca Al-Quran

Al-quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi manfaat kepada badan kita termasuklah m'aktifkan otak dan m'elakkannya drpd rosak. Tidak membaca Al-quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

So, itu sahaja yang dapat saya share. Hopefully benda ni dapat memberi manfaat kepada korang and dapat menambah kan ilmu kepada kita bersama :)


Mood : Baik hati.


2 comments: