Tuesday, November 8, 2011

Friends for benefits


Assalamualaikum.


Masih segar lagi di ingatan ini, bagaimana rasanya memiliki sebuah persahabatan yang terjalin tanpa di rancang dan seterusnya menjadi sangat bermakna dalam hidupku. Kami yang terdiri daripada tiga orang ahli menggelarkan diri sebagai Best-Friend-Forever.

Suatu ketika dahulu, taman permainan lah yang menjadi tempat kegemaran kami bertiga bergelak ketawa dan bermain. Jalan raya yang dipanggil " jalan babi " pula merupakan jalan yang kami lalui untuk pergi dan pulang ke sekolah bersama setiap hari dengan hanya berjalan kaki. Walaupun kami tidak belajar di kelas yang sama, waktu rehat lah merupakan waktu kami berkumpul dan bergosip bersama. Manakal, shopping mall yang bernama
" Selayang Mall " pula merupakan tempat bagi kami melepak setiap hari setelah tamat waktu persekolahan dan merupakan tempat bagi melepaskan gian untuk kami bershopping. Tak sah rasanya jikalau tidak mengeluarkan sedikit duit untuk berbelanja di sna.

Terlalu banyak rasanya jikalau hendak bercerita setiap satu memori yang pernah berlaku sepanjang persahabtan kami ini. Tidak terucap dek kata dan tidak tertulis dek perkataan (-.-")

Apa yang pasti, segala apa yang telah dilalui olehku suatu ketika dahulu, tidak pernah sekali pun ia terhapus dalam ingatan ku walau sekecil mana memori itu.

Semakin kami meningkat dewasa, semakin banyak perkara yang harus dilaksanakan dan dilalui oleh diri sendiri. Jikalau dahulu, pasti ada sahaja yang akan membantu antara satu sama lain. Akan tetapi, perkara itu semua tidak pernah sesekali mengurangkan kasih sayang yang pernah terjalin di antara kami.

Kami tetap kami yang dahulu. Apabila bersua, kami masih seperti yang dahulu. Bersembang kencang tanpa henti, bergelak tawa sehingga mengeluarkan air mata, bertepuk tepak sesama sendiri. Itu adalah kami. Dan yang paling pasti, apabila bersua, tidak sah jikalau tidak mengambil gambar bertiga bersama :')


Kami masih seperti dahulu. Pantang melihat kamera, pasti saja mengambil gambar untuk dijdikan kenangan bersama.

dan

Walau sehebat dan sekencang mana pun kehidupan yang kami lalui pada saat ini, Kasih sayang yang pernah terjalin dalam hidup kami, tidak pernah sekali pun berkurang.

Kami bagaikan aur dengan tebing yang akan cuba sedaya upaya untuk memahami dan membantu segala masalah yang terjadi di antara salah seorang daripada kami.

Although we had been through a very tough time in our life,
my love towards you guys never fade away.
And i swear that the love between us will be remain as forever.

I Love You BFF,

Syafikah & Nik.

Sekian


P/S : Maaf di atas ke-tidak-se-kata-an warna yang diedit pada gambar-gambar di atas.
I'm still in process of learning this kind of things. My new list hobby.


2 comments: